Alhamdulillah, Ahad 20 Disember 2020 dapat sama-sama mengayuh dengan bekas anak murid semasa di SMA Rantau dulu. Dah lama bercadang kayuhan Rantau, tercapai jua.

Perjalanan melalui beberapa kampung yang tenang lagi segar udaranya. Antara yang saya ingat kampung tersebut adalah Kg Kuala Sawah, Sega, Saga, Linsum dan Ulu Lalang. Melintas juga pekan Rantau juga Ladang Kombok.

Dari sudut cabaran bukit, tidak berapa ketara tetapi cukup untuk melajukan jantung buat seketika. Kalau nasib tak baik, kena la salak atau kejar dengan anjing. Fenomena biasa bagi para pengayuh basikal.

Rehat sekejap, ladang sawit kiri dan kanan

Perlu disebut, kesegaran udara pagi di kampung turut disulami kesegaran tahi lembu yang banyak di atas jalan. He he..! Ini melatih kemahiran mengelak dan hilang sikit kebosanan mengayuh.

Ladang sawit di kiri kanan memberikan suasana baharu terutama untuk penghuni kota.. Cewah! Pakej bukit bukaunya yang tidak berapa tinggi, amat sesuai bagi yang sukakan kayuhan santai.

Ada jambatan konkrit yang merentasi Sungai Linggi. Kalau berani, boleh cuba lalu jambatan gantung di sebelahnya. Saya dimaklumkan, struktur jambatan gantung itu masih kukuh. Lain kali saya lalu, Insya-Allah.

Antara kenangan menarik adalah padang awam Rantau yang menjadi tempat berlangsungnya sukan tahunan SMA Rantau, terletak di pekan Rantau.

Dari pekan Rantau terus ke Ulu Lalang sebelum membelok ke kiri masuk ke Ladang Kombok. Ada masalah sikit, mujur ada pomen kampung yang boleh membantu. Selesai masalah buat sementara.

Perjalanan diteruskan membelah ribuan pokok sawit Ladang Kombok. Pemandangan dan suasananya cantik, tapi tak terfikir untuk buat rakaman video. Lain kali Insya-Allah.

Seperti biasa, kita minum dulu sebelum bersurai. Dapat tambah kenalan baru, Azmi namanya. Orang lama dalam bidang perbasikalan. Banyak info yang beliau kongsikan.

Keseluruhan dalam 25 km, Alhamdulillah.