SPM kali ini amat berbeza.Jauh berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya. Tidak dilakukan pada tahun semasa, iaitu 2020. Mengharungi 2 siri PKP. Sesi bersemuka yang sangat terbatas. Juga, cabaran dari sudut emosi yang sukar untuk diukur.

Untuk memastikan anak-anak SMAHMU kami terus bersemangat, Bantuan Prihatin SPM dilancarkan. Hasrat kami adalah supaya mereka hanya perlu fokus kepada peperiksaan; datang ke sekolah untuk persiapan atau menjawab soalan – itu sahaja.

Kepada yang berminat untuk menyumbang, silakan ke akaun:PIBG SMA Haji Muhamad CIMB 860 1087 346.

Sebarang pertanyaan boleh ajukan kepada Pn Noor Raihan Fatin, Setiausaha Kecemerlangan SPM di talian 0167159724.