Alhamdulillah, pagi Sabtu 25 Jun 2022 dapat mengayuh naik Bukit Tangga lagi. Rasanya, terakhir lebih setahun lepas.

Pagi ni gerak lewat, 9.15 pagi sebab kena hantar isteri ke sekolah dan anak tuisyen. Biasanya 7.15 pagi dah gerak.

Asalnya nak kayuh ke niuzelen saja. Tapi, dalam perjalanan ubah fikiran. Dah lama tak panjat Bukit Tangga dan nak test basikal ‘baru’ ni. Maka, terus uturn dan menghala ke Jelebu.

Kebimbangan saya hanya satu, iaitu anjing. Ya, anjing yang suka mengejar dari sebuah rumah semasa mendaki. Rezeki pagi tu, tak ada pulak. Maka, kayuhan lebih lancar tanpa gangguan.

Penat? Tipulah siapa kata tak penat atau mencabar naik Bukit Tangga. Satu lagi, cabaran panas. Maklum la, mula kayuh pukul 9.15, matahari memang cantik memecahkan peluh. Sebab tu, kali ni dah standby dengan topi yang ada cebeng keliling. Rupa memang pelik sikit, tapi praktikal untuk lindung muka dari panas membahang.

Ada 3 unit gazebo untuk berehat. Bersih dan terjaga elok.

Alhamdulillah, berkat kesabaran dan berbekalkan tenaga kurniaan Ilahi, sampai ke puncak tanpa berhenti. Satu kepuasan peribadi, syukur atas nikmatnya.

Ingatkan kat atas nak buat fb live, tapi line tak kuat – 2G saja. Ambil gambar untuk bukti dan kenangan sambil rehat hilangkan penat. OK, dah. Jom turun! Mendaki memang payah, tapi menurun pun bukanlah senang. Sebab, kena kawal brek, elak lubang atau jalan yang berpasir. Termasuk kenderaan lain dari belakang yang tak kurang bahayanya.

Air terjun

Memandangkan tiada apa nak dikejar, saya singgah sekejap di sebuah air terjun mini yang terletak di tepi jalan saja. Sangat cantik dan menenangkan. Kalau siapa nak beli buah atau sarapan, ada warung tak jauh dari air terjun.

https://youtu.be/naszkEh1x_0

OK, teruskan kayuhan menurun sehingga sampai ke rumah dengan selamat.