Kat klinik 24jam mencari ubat

Ya, betul. Sakit itu ketentuan Allah, takde siapa yang nak sakit. Sakit jangan dicari, rezeki jangan ditolak.

Orang selalu sebut, rezeki tak pernah salah alamat. Sebenarnya, sakit atau bala pun tak pernah salah alamat. Kebaikan atau keburukan yang telah Allah tentukan akan kita dapat, buatlah macam mana pun takkan terlepas. Itulah maksud tak salah alamat tadi.

Kepada yang diuji dengan sakit dan mendapat MC, maka berehatlah di rumah sahaja. Tak perlu ke tempat kerja dan tempat kerja pun sebolehnya janganlah ‘kacau’ dia. Apa yang nak saya sentuh kali ini adalah sakit yang kita sendiri cari sehingga tak boleh datang kerja. Hmm.. macam mana tu?

Contoh, kita dah tahu hari Isnin masuk kerja, pastikan Ahad tu kita dah bersedia untuk masuk kerja pada hari Isnin. Ini tidak. Kampung jauh nun di Perlis, tengah hari Ahad baru nak bertolak dengan andaian sempat sampai tengah malam. Tengok-tengok jalan jem, pukul 3.00 pagi baru sampai, kepala pun pening semacam. Kau rasa dia boleh pergi kerja esok?

Oleh itu, usahakan ‘sihat’ supaya dapat pergi kerja. Usahakan ‘cepat’ supaya tidak lewat ke tempat kerja.