Masjid dan taman rekreasi


Saya suka suasana ni – masjid dan depannya ada taman rekreasi.

Nak ingatkan para pengunjung taman. Kalau bersantai dan beriadah tu bagus, tapi janganlah lupa kat masjid. Nampak hebat sangat boleh ‘tawaf’ taman tasik dua tiga round. Tapi! Kaki yang sama payah nak melangkah ke surau atau masjid!

‘Orang masjid’ kalau dengar ungkapan macam ni mesti sokong kan?

Err… Jangan seronok sangat.

Sebab… Orang masjid pun kena ingat. Solat berjemaah di masjid tu memang dituntut. Tapi, jangan lupa. Beriadah untuk kesihatan dan kekuatan jasmani juga dituntut. Betul kan?

Maka, masjid dan taman rekreasi tidak wajar dipisahkan.. Perlu seiring dan sejalan, selaras dengan ajaran Islam.

Advertisements

Tanjung Piai: Perjalanan, Keinsafan dan Keakraban.


Alhamdulillah, pada 26 Januari lepas berjaya melengkapkan perjalanan ke Penghujung Benua Asia di Tanjung Piai, Pontian, Johor. Perjalanan yang memakan masa lebih kurang tiga jam amat berbaloi dengan ditemani oleh anak-anak murid seramai dua belas orang.

Binaan berbentuk glob ini adalah tanda kepada penghujung Benua Asia arah Selatan, arah utara tak mungkin untuk sampai. Dapat salah satu pun sudah memadai. Mercu ini menginsafkan tentang penghujung usia kita yang tak tahu entah bila, tapi pasti tiba. Juga mengingatkan kepada penghujung dunia yang bakal tiba.

Tugu yang besar menyambut para tetamu di sebelah kiri laluan masuk. Wajib bergambar di situ. Bayaran masuk cuma RM3.00 seorang, berbaloi… Tanjung Piai ini destinasi pelancongan yang laluannya adalah jeti papan di atas laut hutan bakau. 

Anak murid saya. Antum memang hebat…

Asalnya menara ni tinggi, tetapi ketinggiannya telah ditewaskan oleh pokok bakau.

Bersama Abang Beni, pemandu van kami. Tahun depan pencen.

Di belakang kami adalah hutan bakau yang luas dan di hadapan pula adalah lautan yang dipenuhi kapal-kapal besar. Terasa kerdilnya diri ini.. 

Pada saya, perjalanan ini bukan sahaja menemukan saya dengan sesuatu yang menginsafkan tetapi menambahkan lagi keakraban dengan anak-anak SHAMS.

%d bloggers like this: