Lokasi wajib – batu besar Bukit Miku

Ahad, 6 Disember 2020

Kayuhan kali ni lain sikit, sebab saya kena angkut basikal dalam kereta untuk perjalanan lebih kurang 25 minit dari rumah. Bagi orang lain mungkin perkara biasa, tapi kali pertama untuk saya. Memandangkan rumah ke Rembau 25 minit saja, saya join.

Cakap saja tak guna. Dah naik, baru boleh sembang…

Kami geng Beskal Atuk Power yang dari Seremban berkumpul di Masjid An-Nur, Rembau sebelum bertolak ke Pejabat Daerah Rembau untuk bergabung dengan pasukan tuan rumah. Mej (B) Abd Razak mengetuai kami, orang lama tapi sangat hebat.

Berbaju hijau tu, Mej(B) Abd Razak sebagai ketua kami pagi ini.
Acara wajib, bergambar beramai-ramai. Team Seremban + Rembau bergabung

Perjalanan ke kaki Bukit Miku biasa sahaja. Cabaran bermula apabila mendaki bukit yang sangat curam. Tiada di Bukit Tangga maupun Bukit Medom apatah lagi Bukit Putus sebelum ini. Berbekalkan pengalaman dan semangat waja, sampai juga ke puncak. Alhamdulillah.

Berehat sebentar bersama Us Hazizi. Kelihatan Mej(B) Razak gigih mengayuh tu. Hebat..!
Kecerunan 10%. Nampak tak kat tepi jalan tu…?

Perjalanan diteruskan melewati kampung Inas menuju Padang Jual, Johol dan sarapan di sana.

Sarapan di Padang Jual, Johol (dokek dah dongan tompek lahir den. Dalam 1 km yo laie..)

Perjalanan balik ke tempat parkir sangat menarik. Pertama, ada 10 bukit dan 5 daripadanya ada papan tanda 10%. Kedua, menuruni Bukit Miku yang curam. Tak berani nak lajak sangat, kawal brek.

Turn naik, turun naik.. Hanya yang cekal boleh melepasinya.. Cewahh..!!

Alhamdulillah. Selain dapat menyihatkan diri, dapat juga tambah kenalan daripada Rembau. Terima kasih kepada pasukan Rembau yang mengiringi kami dari awal hingga akhir. Nanti kalau ke Seremban, kami bawak ke Mantin yer… Atau naik Bukit Tangga ke Jelebu. Insya-Allah

Sebelah saya tu Cikgu Iqbal, anak Mej. Razak bersama pemuda Rembau yang mengiringi kami
Turun, best. Lupa derita naik tadi…

Akhir sekali, saya kongsikan klip video bikinan salah seorang ahli grup Beskal Atuk Power iaitu Dr Mohd Faiz. Terima kasih, Dr Faiz. Ahsanta..

Jom kita saksikan bersama…!